BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Tiga orang kakak ipar saya berhajat untuk pergi menunaikan umrah bersama2. Ketiga-tiga mereka janda. Seorang tiada anak, seorang tiada anak lelaki dan seorang lagi anak tidak berkemampuan untuk ikut. Usia ketiga-tiga mereka 60an. Bolehkah mereka pergi bertiga tanpa diiringi mahram? Menurut abang sulung mereka, abang ipar saya, tidak boleh hukumnya haram. Benarkah hukumnya haram? Saya keliru kerana ramai sahabat-sahabat saya menyatakan boleh mereka menunaikan umrah tanpa mahram. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkaitan musafir bagi perempuan jelas kita telah diberi panduan oleh baginda Nabi SAW menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Saiduna Ibnu Abbas RA, beliau berkata , Rasulullah SAW telah bersabda : لَا تُسَافِر الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ Maksudnya ; “Tidak boleh bermusafir bagi seseorang wanita melainkan bersama mahram (lelaki)” (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan hadis ini, para ulama’ berpendapat bahawa haram bagi seseorang wanita bermusafir tanpa ditemani oleh mahramnya. Hikmahnya adalah Islam adalah agama yang menitikberatkan keselamatan ummatnya lebih-lebih lagi kaum wanita. Dengan adanya mahram maka kesulitan ketika bermusafir akan menjadi lebih ringan dan sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Mahram dalam perbahasan haji atau umrah bermaksud suami atau lelaki yang diharamkan seseorang wanita berkahwin dengannya untuk selama-lamanya seperti ayah, datuk, anak lelaki , anak saudara lelaki atau adik lelaki. Mengikut kepada maslahah semasa kepada kaum wanita, pihak berkuasa Arab Saudi telah meneliti perkara tersebut dan menetapkan bahawa wanita Islam yang ingin menunaikan umrah yang berumur 45 tahun ke bawah wajib membawa bersama mahram. Jika diikutkan peraturan semasa kerajaan Arab Saudi, tiga orang kakak ipar puan boleh pergi umrah walaupun tanpa mahram kerana mereka telah mencapai umur 60an. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan kepada mereka untuk berusaha mencari atau menaja mahram pergi bersama jika berkemampuan, kerana ianya bukan setakat beramal dengan umum hadis di atas, bahkan menjamin keselamatan diperjalanan, memiliki pembantu dari kalangan lelaki dan yang lebih penting, ibadah umrah diterima dan tidak dicemari dengan perasaan was-was. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 75

message user image