BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1.Adakah boleh mandi wajib hanya menggunakan air sahaja tanpa bertayamum pada bahagian yang terluka tidak boleh kena air dan boleh nyatakan cara-cara mandi wajib itu?

2.Adakah boleh menggunakan mazhab lain untuk mandi wajib untuk memudahkan perkara tersebut sahaja supaya mandi wajib dilakukan tanpa menggunakan debu tayamum?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Berdasarkan mazhab Shafi’i, terdapat beberapa keadaan cara bersuci daripada hadath besar dengan mandi atau tayammum.

1. Pesakit yang tidak boleh kena air pada seluruh tubuh badan atau sebahagian besarnya, hendaklah melakukan tayammum sahaja dan bersolat.

2. Pesakit yang sebahagian besar badannya boleh terkena air sedangkan kecederaannya sedikit, hendaklah mandi dan membasuh bahagian yang boleh terkena air mengikut kemampuan. Selebihnya hendaklah disapu dengan air. Adapun sekiranya tidak mampu melalukan air pada anggota yang cedera, hendaklah tayammum sebagai ganti anggota yang tidak boleh kena air.

Pada dua-dua keadaan ini, solat yang telah dilakukan tidak perlu diulang semula apabila sudah sembuh. Kami sertakan panduan berkenaan bersuci dan bersolat bagi pesakit yang disediakan oleh JAKIM sebagai rujukan:

https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image