Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya telah melakukan ihram sunat setahun lepas. Semasa tawaf ( berkenderaan/skuter) saya solat sunat ba'diah tetapi masih dalam niat tawaf. Adakah sah tawaf saya?
Jika tawaf batal, apa yang perlu saya lakukan?
Mohon penjelasan.
Terima kasih
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Hukum tawaf tuan adalah sah dengan syarat tuan hendaklah mengekalkan niat tawaf serta memastikan semua rukun dan syarat dipenuhi. Oleh itu, sekiranya selepas solat sunat itu tuan telah menyambung tawaf dari pusingan yang terputus, maka tawaf tetap sah dan umrah juga sah.
Sekian, terima kasih.