BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Proses meminta cerai di mahkamah syariah mengambil masa yang sangat panjang, berbulan-bulan malah ada yang sampai bertahun. Berdasarkan hukum, isteri yang meminta cerai merupakan isteri yang masih sah. Apakah yang perlu dilakukan isteri sekiranya suami menuntut isteri untuk taat padanya? Adakah isteri berdosa sekiranya enggan? Contohnya suami ingin keluar bersama isteri, suami ingin bermesra bersama isteri.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Sekiranya suami menuntut isteri supaya taat, maka wajib hukumnya isteri berbuat demikian. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (an-Nisa : 34) 2. Jika isteri enggan, berdosa hukumnya kerana derhaka (nusyuz). Namun, suami juga perlu memahami apakah punca isteri menuntut cerai. Ini penting agar tiada siapa yang dizalimi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 177

message user image