BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya bernikah di Thailand pada tahun 2016, saya syiah dan suami sunni. Adakah bila kami pulang ke Malaysia , perkahwinan kami ini sah dan anak kami punya status adalah sah atau tidak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Jika perkahwinan tersebut memenuhi segala syarat yang digariskan oleh syarak maka secara umumnya pernikahan tersebut adalah sah. Walaubagaimanapun, penentuan sah atau tidak adalah tertakluk di bawah kuasa pihak mahkamah syariah sebagai pihak yang berautoriti. Justeru dinasihatkan agar puan dan suami merujuk kepada pihak mahkamah syariah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 59

message user image