Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Sekiranya dalam pergaduhan, isteri berkata dalam keadaan mendesak, "kita cerai jika abang tipu lagi!". Bagi mengelakkan pergaduhan berpanjangan dan dalam keadaan beremosi, suami hanya berkata "ya" atau "hmm" dalam keadaan langsung tiada niat.
Jika satu hari selepas dah berbaik, suami terlupa dan tak sengaja atau sengaja berbohong, adakah akan jatuh talak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tidak jatuh talak sebab suami berkata "jika" iaitu bukan sorih atau dan juga kata-kata suami iaitu "ya" atau "hmm" tidak mengesahkan jatuh talak atau seumpamanya kerana suami hanya menjawab apa yang isteri beritahu kepada suami sahaja. Tambahan pula suami tiada niat cerai. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh berhubung dengan Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di mana saudara tinggal.
Sekian, terima kasih.