BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz... Soalan saya, adakah bercakap cakap serang diri itu dinamakan was was?bercakap cakap sehingga tidak dapat dikawal..saya selalu bercakap dengan diri sndiri tentang akidah..seperti saya katakan yang saya nak keluar agama islam, sekejap saya akan menidakkan.. Saya katakan saya tak nak..Dan saya mengucap 2 kalimah syahadah..dan perkataan tu berlaku Di hari pernikahan saya.. Biasanya Tok kadi akan minta mengucap dua kalimah syahadah dulu sebelum akad nikah, tapi Di hari pernikahan saya,saya tak dengar semua tu.. Tiba Tiba dh selesai akad.. Soalan saya, adakah pernikahan saya sah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, bercakap seorang diri adalah perkara yang normal berlaku dalam kalangan manusia tetapi ia mungkin menjadi tanda masalah jika berlaku secara tidak sedar, seperti halusinasi atau manifestasi masalah kesihatan mental seperti cemas atau depresi. Adapun ketika bercakap seorang diri ini sering juga berlaku perkara yang mendatangkan was-was. Was-was dianggap sebagai suatu penyakit yang jika tidak ditangini dengan baik boleh menjejaskan kehidupan seharian seseorang. Was-was yang dimaksudkan di dalam al-Quran adalah berupa suara halus yang datang dari syaitan atau nafsu yang mendorong manusia melakukan perkara kejahatan atau kebaikan. Kebanyakan bisikan yang dilontarkan oleh syaitan adalah pendorong kepada perlakuan yang jahat.

Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36 :

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. 

Seterusnya dalam soal akad nikah, pernikahan itu sah sekiranya sempurna rukun nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, 2 orang saksi dan akad nikah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 48

message user image