BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, mohon pencerahan, saya ni seorang isteri telah berkahwin 5 tahun, saya ada mintak izin dengan suami untuk bekerja dan mintak izin UTK letakkan anak kat rumah mak saya untuk sementara waktu, Masalahnya sekarang ni, perjalanan saya hendak ke  tempat kerja terlalu jauh, jadik saya terpaksa duduk di hostel, saya ada jugak mintak persetujuan agar suami mencari rumah dekat kt tempat kerja,suami tidak pertimbangkan, anak pulak diambil semula letak di Kelantan, terus terlalu jauh dari saya, kini saya berada semula di kampung ibu saya kerana saya berkecil hati terhadap suami, adakah saya ni dikira nusyuz, sebab perbincangan dengan suami gagal,dan suami seolah salahkan saya.. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, pada awalnya keputusan untuk bekerja mestilah mendapat keizinan suami setelah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama, termasuklah pengurusan anak semasa pasangan bekerja. Jika tiada kesepakatan dan keputusan hanya disebelah pihak sahaja, sudah tentu tindakan puan itu dikira membelakangkan suami dan boleh dianggap sebagai nusyuz. Maksud nusyuz ialah tindakan ingkar atau menderhaka kepada suami tanpa alasan syarak yang munasabah, yang merujuk kepada keengganan isteri untuk taat kepada perintah atau permintaan sah suami, sama ada dalam tindakan atau perkataan yang tidak bercanggah dengan syariat. 

Oleh itu usahakan cari pekerjaan yang dekat dengan rumah dan anak boleh diurus sendiri tanpa melibatkan ibu bapa (hantar ke pusat asuhan/ taska). Dinasihatkan kembalilah ke sisi suami puan agar kehidupan berumahtangga tenang dan bahagia. Jika perkara ini berlarutan, boleh dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image