BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 
 Saya ingin bertanya berkenaan taklik yang di lafazkan oleh suami, Suami saya berkahwin 2, 
Lafaz berkenaan: AKU CERAI DIA ATAU DIA UNDUR DIRI DENGAN KAU AKU CERAIKAN, 

Bermaksub lafaz taklik tu ke atas isteri ke 2 tetapi di depan saya, 

Dalam hal ini, suami telah mencerai isteri ke 2 dengan talak 1 di mahkamah syariat, 
adakah akan jatuh talak ke atas saya, Apakan yang harus sy lakukan , 
Mohon Percerahan . 

Terima Kasih, 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Lafaz suami puan : "Aku cerai dia atau dia undur diri dengan kau aku ceraikan" ialah lafaz ini tidak jelas menunjukkan perceraian kepada puan secara langsung, sebaliknya ia seperti cadangan suami atau kenyataan suami (khabari) untuk menceraikan puan kalau dua situasi itu berlaku.

Sebagaimana yang puan nyatakan bahawa suami puan telah menceraikan isteri kedua di mahkamah dengan talak satu. Oleh yang demikian, berdasarkan kenyataan di atas, perbuatan suami puan menceraikan isteri pertamanya di mahkamah tersebut tidak menyebabkan jatuh talak ke atas puan (isteri pertama) secara automatik kecuali jika :

1. Suami berniat ketika melafazkan taklik itu bahawa "jika aku ceraikan dia (isteri kedua), maka kau (isteri pertama) juga jatuh talak" iaitu secara jelas atau insya'ie bukan secara khabari.

2. Perceraian itu berlaku atas sebab memenuhi syarat taklik tersebut. Maksudnya talak yang dijatuhkan kepada isteri kedua itu adalah perbuatan yang dilakukan dengan sedar dan dengan niat suami untuk mengaktifkan atau menyebabkan syarat taklik itu berlaku dan perceraian itu juga bukan yang berlaku secara kebetulan atau sebab lain yang tidak berkaitan dengan lafaz taklik itu.

Walaubagaimanapun, untuk makluman pihak puan, pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku yakni jatuh atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka adalah disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 57

message user image