BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Dalam urusan jual beli tanah, pembeli dikenakan bayaran pampasan jika lewat bayar dari tarikh yang ditetapkan mengikut bilangan hari. Kadar dikenakan selalunya peratusan dan jumlah harga jualan. Soalan: Adakah bayaran itu dikira riba atau diharuskan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bayaran pampasan lewat bayar dalam urusan jual beli tanah telah termaktub seksyen 293(2) dan (3) Kanun Tanah Negara 1965 dan Kaedah Tanah Selangor bilangan 21 Tahun 2003. Oleh itu ia telah ditetapkan dan sebagai pembeli tidak dapat untuk mengelak bayaran ini sekiranya lewat membayar. Secara umumnya, Islam menggariskan panduan dalam kenaan pampasan lewat bayar yang mana ia bertujuan untuk menyekat kecuaian sengaja pembeli yang sengaja melewat-lewatkan membayar dan ianya tidak melebihi 1%. Kesimpulannya, pampasan yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara dan Kaedah Tanah Selangor telah ditetapkan nilainya mengikut harga pasaran tanah (jualan) dan ianya bersifat mencegah kecuaian sengaja oleh pembeli. Seterusnya urusan jual beli tanah dapat dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan ia bukan riba’ dan diharuskan dalam jual beli ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image