BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Sebelum saya bernikah, ayah saya tidak pasti akan status saya kerana pernah bersama dgn ibu saya sebelum mereka bernikah. Ayah saya tidak pasti sama ada ibu sudah mengandungkan saya sebelum atau selepas nikah. Saya bernasabkan bapa saya tetapi berwalikan hakim ketika nikah. Adakah perkahwinan saya sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 57 memutuskan bahawa anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka dan mempusakai tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. Oleh itu dalam kes saudara, pernikahan tersebut adalah sah kerana telah menggunakan wali hakim semasa pernikahan memandangkan bapa tidak boleh menjadi wali disebabkan perkara tersebut. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image