BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, baru-baru ni bapa mertua saya hilang di Makkah, saya bernazar sekiranya ditemui dalam keadaan selamat saya akan sembelih seekor kambing. Mohon pencerahan :

1- Bolehkan kambing tersebut dimakan oleh saya, adik beradik saya dan tanggungan saya?

2- Boleh ustaz detailkan tatacara terbaik untuk saya uruskan kambing berkenaan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Nazar adalah mewajibkan ke atas diri sendiri perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syarak, sama ada secara mutlak ataupun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.

Hukum melunaskan nazar adalah WAJIB sebagaimana hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. (Riwayat al-Bukhari)

Dalam isu nazar yang disebutkan, sekiranya seseorang bernazar untuk menyembelih kambing apabila hajatnya dimakbulkan maka kambing tersebut hendaklah disembelih dan disedekahkan dagingnya kepada orang lain. Hal ini kerana nazar dianggap sebagai satu bentuk ibadah yang wajib ditunaikan apabila berlaku perkara yang dinazarkan. Oleh itu, kambing tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang bernazar serta ahli keluarganya. Disarankan agar tuan sedekahkan daging sembelihan tersebut kepada golongan fakir miskin atau jiran tetangga yang berdekatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image