BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ... ayah saya sudah berumur 83 tahun. Apabila keluar dari rumah dia memerlukan kerusi roda & memakai lampin dewasa. Adakah masih wajib bagi ayah saya untuk menunaikan solat jumaat di masjid?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Semoga Allah SWT merahmati ayah tuan dan memberikan kesabaran serta kemudahan dalam setiap urusan beliau. Solat Jumaat adalah fardhu ain bagi setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Dalam kes ayah tuan yang berusia lanjut, memerlukan kerusi roda dan memakai lampin dewasa, ini tergolong dalam kategori uzur syarie atau sakit. Jika tiada orang yang boleh membantu untuk sampai ke masjid serta masyaqqah kerana keadaan fizikal seperti saudara nyatakan, maka gugurlah solat Jumaat ke atas ayah saudara. Namun wajib baginya menunaikan solat fardhu zuhur.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image