BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai lafaz taklik. Adakah sah lafaz taklik yang dilafaz oleh isteri? Namun saya kurang mengingati apa yang dilafazkan kerana sudah 3 tahun.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz takliq merupakan lafaz yang dibuat oleh suami. Jika hanya lafaz tersebut daripada isteri tanpa persetujuan suami maka takliq tersebut tidak dikira. Walaubagaimanapun pihak saudari boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 140

message user image