BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin tanya berkenaan air liur basi.

Selepas saya bangun tidur lewat (dekat nak habis waktu subuh), saya terus pergi berwudhu dan kemudian solat.  Selepas beberapa jam saya baru teringat saya ada air liur basi kering pada tepi bibir (celah bibir) yang saya lupa basuh sebelum mengambil wudhu.

Saya ingin tanya adakah sekiranya kita sudah berkumur dan basuh muka 3 kali ketika wudhu sudah boleh membersihkan air liur basi tersebut? atau ia dimaafkan sebab saya lupa untuk basuh sebelum wudhu?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Syarat sah wudhu ialah air mesti kena pada kulit muka tanpa ada penghalang. Air liur basi yang kering di tepi bibir, jika hanya kesan nipis, ia tidak menghalang air. Maka ketika seseorang membasuh muka dalam wudhu, air tetap sampai dan wudhunya sah, begitu juga solatnya. Namun, jika air liur basi itu tebal hingga membentuk kerak yang menghalang air, maka wudhu tidak sah dan solat perlu diulang.

Secara umumnya, kesan nipis air liur basi tidak menghalang air daripada sampai kepada anggota wudhu. Jadi dalam kebanyakan keadaan, wudhu dan solat adalah sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image