Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin tanya berkenaan bab najis.
Sebelum ini, Saya nampak kucing saya yang selalu berada di luar, masuk ke dalam longkang. Saya terus bawa dia keluar dan saya mengelap badannya dengan tisu. Kemudian, saya bagi kucing saya masuk rumah kerana sudah malam. Saya kemudian ragu kerana kucing saya suka duduk atas meja dan saya takut air longkang itu ada najis dan najis itu akan memindah ke atas meja kerana kucing suka menjilat badan. Saya kemudian letak dia di luar.
Saya ragu bahawa air longkang itu najis atau terdapat najis atau tidak dalamnya kerana sudah malam gelap saya tidak nampak.
Soalan saya adalah :
1) Adakah air longkang najis?
2) Adakah saya perlu basuh kucing saya kerana terkena air longkang?
3) Adakah najis itu akan berpindah ke tempat lain sekiranya kucing itu menjilat badannya?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan,
1. Air longkang tidak dihukum najis secara automatik. Hukumnya bergantung:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).
2. Jika tidak nampak najis pada air longkang tadi, maka tidak wajib basuh kucing kerana dianggap suci. Namun, jika nampak najis pada badannya, barulah perlu dibasuh pada bahagian yang terkena najis sahaja.
3. Kucing yang menjilat badannya, tidak dianggap memindahkan najis ke meja atau tempat lain kecuali ada kesan najis yang nyata padanya sahaja.
Sekian, terima kasih.