BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.Saya ingin bertanya,sekiranya seseorang niat ihram di rumahnya walaupun dia tidak akan mengerjakan umrah atau haji dalam masa terdekat adakah dia dikira sudah berada dalam keadaan ihram dan perlu menjaga larangan ihram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persolan yang diajukan, berniat ihram untuk menunaikan haji di luar daripada waktunya seperti pada bulan  Syawwal, Zulkaedah atau Zulhijjah adalah tidak sah. Adapun, berniat umrah tanpa ingin melakukannya tidak menjadikan seseorang berada dalam keadaan ihram sama seperti seseorang yang berniat umrah ketika berada dalam kursus umrah dengan tujuan untuk belajar. Apatah lagi jika yang dimakudkan hanya sekadar lafaz di lidah tanpa diiringi dengan azam untuk melakukkannya dalam hati. Namun begitu, adalah tidak disarankan untuk melakukannya dengan sengaja kerana ia boleh termasuk dalam perbuatan bermain-main dengan agama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image