Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah sah ijab qobul sebelum selesai akad wali pengsan
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan:-
a) Sekiranya sebelum ijab dan qabul wali ada membuat wakalah wali (perwakilan wali) kepada jurunikah, maka walaupun wali itu pengsan, pernikahan boleh dijalankan kerana telah berlaku perwakilan wali kepada jurunikah. Maka hukumnya sah pernikahan tersebut.
b) Sekiranya tiada berlaku wakalah wali dan wali pengsan, maka pernikahan tersebuut tidak sah kerana tidak sempurna ijab dan qabul.
Sekian, terima kasih.