BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan.

Saya mahu bertanya tentang rujuk. Saya baru saja bercerai dengan suami saya bulan lepas. Bulan ni suami ada menghantar whatsapp seperti ini "Dalam fikiran saya, mau merujuk kamu dalam tempoh iddah ini." Adakah sah rujuk ini walaupun hanya melalui whatsapp tanpa lafaz sorih?

Whatsapp ini ditaip tanpa melafaz terlebih dahulu dan ditaip selepas ibu suami iaitu ibu mertua saya yang menyuruh suami untuk menyatakan hasrat untuk rujuk, suami kata bukan dengan kehendak sendiri tetapi memenuhi kehendak ibunya. 

Pada pendapat tuan, adakah lafaz rujuk ini sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, kandungan whatsapp suami puan "Dalam fikiran saya, mau merujuk kamu dalam tempoh iddah ini" adalah bukan lafaz atau ayat yang sarih atau jelas tentang rujuk, bahkan ia lebih kepada cadangan, hasrat atau keinginan, bukan rujuk yang jelas atau nyata. Oleh yang demikian, ia tidak dikira atau tidak sah sebagai rujuk. Apatah lagi suami mendakwa bukan atas kehendaknya sendiri dan ia hanya kehendak ibunya sahaja.

Ibn Hajar al-Haytami dalam Tuhfah al-Muhtaj :

وَتَصِحُّ الرَّجْعَةُ بِالْكِتَابَةِ إِذَا قَصَدَ بِهَا الإِخْبَارَ عَنِ الرَّجْعَةِ، أَمَّا إِذَا كَانَتْ عَلَى وَجْهِ التَّمَنِّي أَوِ التَّرَجِّي فَلَا

Maksudnya : Rujuk sah dengan tulisan jika ditulis dengan maksud memberitahu tentang rujuk itu. Adapun jika ia hanya berbentuk harapan atau keinginan, maka tidak sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 61

message user image