BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Hi Assalamulaikum. 

Sy ingin bertanya. Sy ade bergurau dgn isteri tentang balik kg sy. Sy ade katakan kalau isteri sy dan anak xikut sy balik kg, akn putus hubungan sampai bila2. Adakah guarauan sy tersebut dikira taklik? Tp sy takda niat ape ape pun. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan, lafaz "kalau isteri dan anak tak ikut balik kampung, akan putus hubungan sampai bila-bila" adalah termasuk dalam lafaz kinayah yakni lafaz sindiran atau kiasan. Ini kerana perkataan “putus hubungan” boleh difahami sebagai talak atau cerai dan boleh juga difahami sekadar merajuk atau marah atau sebagainya.

Dalam mazhab Syafi‘i, jika suami berniat untuk menceraikan ketika melafazkan kata-kata itu, maka boleh menyebabkan jatuh talak dan sekiranya suami tidak berniat cerai, sekadar bergurau, marah, atau ancaman kosong sahaja maka talak tidak jatuh.

Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji :

نَصَّ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ الطَّلَاقَ الْكِنَايَةَ لَا يَقَعُ إِلَّا بِالنِّيَّةِ، وَذَلِكَ لِأَنَّهُ مُحْتَمِلٌ، فَيَحْتَاجُ إِلَى مَا يُعَيِّنُ مَقْصُودَهُ، وَهُوَ النِّيَّةُ

Bermaksud : Para fuqaha’ menegaskan bahawa talak dengan lafaz kinayah tidak jatuh melainkan dengan niat, kerana lafaz itu mengandungi kemungkinan maksud yang berbeza, maka ia memerlukan penentu maksud, iaitu niat.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, tuan boleh adukan perkara tersebut kepada Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat di mana puan tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 45

message user image