BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, saya sudah berkahwin selama 6 tahun lebih & selama tempoh perkahwinan suami tidak pernah menyediakan tempat tinggal untuk saya walaupun mampu, saya pernah suarakan Dan meminta suami menyewa rumah tapi suami tidak mahu & kami tinggal di rumah ibu saya. Tahun lepas selepas 2 bulan lebih saya melahirkan anak pertama kami, suami saya telah mendiamkan saya sehingga sekarang & tidak menyentuh saya selama itu serta mengabaikan terus saya & bayi kami kerana berlaku perselisihan dimana suami tidak membantu saya dalam menguruskan bayi kami & membiarkan saya menguruskan bayi seorang diri & kelakuan suami membuatkan saya tertekan, tetapi suami Masih pulang ke rumah untuk tidur sahaja (cuma pada waktu malam termasuk pada waktu cuti) & dia Masih memberikan nafkah bulanan kepada saya tetapi telah dipotong amaun nafkah saya menjadi suku Dari amaun asal nafkah yang saya terima selama tempoh perkahwinan, Suami juga tidak menanggung makan minum & pakaian saya lagi selama lebih setahun ini, suami juga tidak pernah membawa saya & anak untuk membeli pakaian & keperluan anak kami @ membawa anak kami berjalan @ bercuti walaupun ketika waktu suami cuti, (suami keluar dari awal pagi & pulang setelah malam) Dan ketika anak sakit juga suami tidak pernah ambil tahu @ membawa anak mendapatkan rawatan namun suami ada memberikan duit utk membeli keperluan anak. Pada pertengahan bln 6 suami telah membeli kenderaan Baru & Cuba berbaik dengan saya, & kami Cuma sempat berbaik dalam tempoh 10 hari sahaja & dalam tempoh itu suami ada menyentuh saya sekali ketika saya sedang tidur, saya tidak rela tapi terpaksa akur kerana takut dituduh derhaka, tetapi setelah itu saya merasa berdosa seolah2 telah berzina ini kerana suami telah lama tidak menyentuh saya serta kami telah hidup seperti orang asing selama setahun lebih ini, kami juga kembali tidak bertegur setelah saya mendapat tahu suami Cuba berbaik hanya kerana ingin menutup kesalahannya sendiri & ada kepentingan lainnya. Ketika bernikah dulu suami ada melafazkan taklik nikah, tetapi dia juga pernah menceraikan saya sebelum ini sebanyak 2 Kali, apakah taklik itu Masih boleh digunakan walaupun die sudah menceraikan saya sebanyak 2 Kali? Apakah hukumnya suami memperlakukan saya & anak begini? & adakah pernikahan kami ini Masih sah @ tidak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Dalam Islam, suami wajib menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk isteri menurut kemampuannya. Allah SWT berfirman dalam surah al Talaq ayat ke 6 :

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُم مِّن وُجْدِكُمْ

Maksudnya : Tempatkanlah mereka (isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan kamu.

Imam al-Nawawi dalam kitab Rawdat al-Talibin menyatakan :

وَيَلْزَمُ الزَّوْجَ أَيْضًا أَنْ يُهَيِّئَ لِزَوْجَتِهِ مَسْكَنًا عَلَى قَدْرِ طَاقَتِهِ وَعُرْفِ أَمْثَالِهَا

Maksudnya : Suami juga wajib menyediakan tempat tinggal untuk isterinya, menurut kadar kemampuannya dan kebiasaan (uruf) yang setara dengan isteri itu

Pandangan Ini menunjukkan kewajipan suami bukan sekadar menyediakan nafkah makanan dan pakaian sahaja, tetapi juga tempat tinggal.

2. Adapun perbuatan suami puan yang mengabaikan nafkah dan layanan batin pula, jika suami sengaja tidak menyentuh isteri berbulan-bulan tanpa sebab syar‘ie, ia adalah satu dosa yang besar kerana mengabaikan amanah dan tanggungjawab suami. Hadis daripada Abdullah bin Amru RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَعُولُ

Maksudnya : Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila dia mengsia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.

Oleh itu berdasarkan hadis ini kalau suami mengsia-siakan nafkah dari sudut makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan keluarganya serta tidak melayan isteri bertahun tanpa sebab syar‘ie, maka cukup besar dosanya di sisi Allah SWT walaupun dia tidak buat dosa lain.

3. Berkaitan dengan taklik nikah yang dilafazkan suami selepas akad nikah itu, ia masih berkuat kuasa selagi pasangan masih kekal sebagai suami isteri dan bukan bercerai secara bain samada syugra atau kubra. Dalam kes puan, suami pernah menceraikan 2 kali, sekiranya dakwaan puan ini benar dan mahkamah syariah juga telah mengesahkannya, maka masih berbaki 1 kali talak. Dan selagi belum berlaku talak tiga, maka perkahwinan masih sah dan taklik tetap boleh terpakai.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 56

message user image