Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya tentang nafkah zahir. Isteri saya ingin melanjutkan pelajarannya iaitu mengambil Master (Ijazah Sarjana) dan telah mendapat tawaran daripada univerisiti. Soalanya adalah, adakah suami perlu menanggung kos pelajaran seperti yuran pengajian semester ? Fahaman saya adalah daripada slide kursus kahwin, tanggungjawab suami dalam bab nafkah zahir terdapat lima iaitu:
1. Makan minum
2. Pakaian
3. Tempat tinggal
4. Kebajikan/ Pendidikan
5. Rawatan kesihatan
Daripada nafkah tersebut, 4 daripada nafkah saya dapat berikan kecuali pendidikan isteri melanjutkan pelajaran Master. Apakah si suami perlu memberi juga nafkah tersebut ?
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, suami tidak wajib menanggung kos pelajaran (Master) isteri. Itu adalah diluar tanggungan suami. Justeru, isteri perlu membiayai sendiri. Namun, jika suami mempunyai lebihan pendapatan setelah ditolak tanggungan wajib yang perlu dibayar, barulah boleh dipertimbangkan untuk diberi kepada isteri untuk pengajiannya.
Berdasarkan perbincangan para ulamak, kewajipan suami menyediakan nafkah isteri adalah seperti berikut;
Adapun, yang menjadi kewajipan tanggungan pendidikan, adalah pendidikan fardu ain kepada isteri dan tanggungannya serta pendidikan untuk anak-anak sehingga mencapai umur 21 tahun atau hingga ke peringkat Ijazah Pertama. Adapun jika anak telah bekerja walaupun pada usia 18 tahun ke atas maka tidak menjadi tanggungan si bapa untuk menanggungnya. Bagi anak perempuan tanggungan sepenuhnya akan diserah kepada suaminya setelah bernikah.
Sekian, terima kasih.