Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam.kalau saya menulis novel fiksyen pasal science fiksyen atau seperti sudden transmigration to parallel world or other alternative reality adakah salah?tiada usur lucah.
Sebab saya ada diberitahu ini salah Dari akidah sebab parallel world ,simultaneous reality atau interstellar world tidak wujud .kerana hanya ada satu reality Dan satu world sahaja iaitu bumi yang kita pijak.
Jadi adalah benar salah Dan haram?
Jawapan
Berkarya seni dalam Islam sentiasa dituntut kerana ia boleh dimanfaatkan bagi tujuan dakwah, menyebar kebaikan dan kebenaran. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu diteliti, iaitu:
1. Niat dan Tujuan Penulisan
Jika menulis untuk tujuan hiburan yang berfaedah, menyampaikan mesej positif, mengasah imaginasi, dan tidak bertentangan dengan nilai Islam, maka ia adalah dibenarkan dan baik. Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Tidak Mengandungi Unsur Syirik atau Khurafat
Pastikan cerita tidak mempromosikan kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah Islam, seperti menyembah selain Allah, mempercayai kuasa ghaib secara melampau tanpa asas syariah, atau unsur sihir yang membelakangkan tauhid.
3. Tidak Menggalakkan Perkara Haram
Jangan mengandungi adegan atau nilai yang jelas bertentangan dengan syariat seperti mengagungkan zina, maksiat, keganasan tanpa sebab yang munasabah, atau hal-hal yang boleh menimbulkan kerosakan moral.
4. Tidak Membawa Kefahaman Salah Tentang Dunia atau Akhirat
Jika cerita ada unsur dunia paralel atau realiti alternatif, elakkan menggambarkan secara mutlak yang boleh mengelirukan pembaca tentang realiti dan konsep akidah, misalnya menggantikan tauhid dengan kepercayaan lain.
Selagi mana penulian tuan tidak menjerumus kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah dan pemikira masyarakat, teruskan berkarya dan ia juga boleh mendorong kepada perkara kebaikan dan ia juga boleh menjurus kepada kebaikan. Saranan ini sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih