Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa kah hukum seorang isteri bergambar berdua-duan dengan lelaki lain. Selepas itu di upload dalam media sosial. Sedangkan suaminnya tidak suka dengan perbuatan tersebut.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan diajukan, wajib bagi seorang isteri untuk mengikut nasihat suami dalam perkara-perkara yang ditetapkan oleh syarak. Jika perkara yang dilakukan oleh isteri mengundang fitnah dan suami tidak reda akan perbuatan tersebut, suami hendaklah menasihati isteri dengan baik dan isteri hendaklah menghormati pendirian suami.
Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
Sekian, terima kasih.