BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, saya nak tanya mengenai tanggungjawab. Kesnya begini:

 

Seorang lelaki baru saja berkahwin, sebelum berkahwin lelaki tersebut sudah berhubung badan (tiada anak luar nikah) dengan bekas kekasihnya dan meninggalkan kesan yg amat mendalam terhadap bekas kekasihnya.

 

Soalan saya:-

1. Di dalam Islam, apa yang boleh dan patut dilakukan oleh si lelaki tersebut untuk bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya.

2. Untuk si perempuan, apa yang patut dilakukannya setelah kejadian sebegini berlaku.

 

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, perbuatan berhubung badan yang tiada ikatan yang sah adalah merupakan perbuatan zina. Zina adalah haram disisi Islam. Perkara yang utama (wajib) perlu dilakukan adalah bertaubat sama ada lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya wajib bertaubat. Setelah itu, hendaklah kedua-duanya menjaga aib. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa' ayat ke 16 :

واللذان يأتيانها منكم فآذوهما، فإن تابا وأصلحا فأعرضوا عنهما

Maksudnya: “Dan bagi dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri mereka maka biarlah mereka (yakni jangan dikenakan hukuman ke atas mereka berdua.”)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image