Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Mohon pencerahan. Saya dan isteri akan ke India pada Jumaat. Lapur 3.30 petang. Flight 7 malam. Bolehkah jamak dan qasar zohor dan asar atau solat jumaat dan asar?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, solat jumaat diwajibkan ke atas semua orang Islam berdasarkan fiman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [al-Jumu’ah: 9] Menurut pendapat yang muktamad dalam Mazhab al-Syafie, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum subuh, maka gugur ke atasnya untuk melakukan Solat Jumaat. Berdasarkan situasi tuan, adalah diwajibkan Solat Jumaat dan dibolehkan qasar asar kerana tuan keluar rumah selepas subuh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.