BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

sy gaduh dgn suami dan suami ada cakap ko dtg kedai aku nk cerai ko nanti..sy pn dtg la kedai..kedai tu kedai sy..suami dh tnggu sy kt kedai..bila smpai kedai suami lari xnak jmpa sy..persoalan adakah dh jatuh talak terhadap sy? sedangkan tu kedai sy dan wlau mcmana pn sy pasti akan ke kedai jgk..

 

persoalan kedua, 

masa tu jam 7.30 pg sy siap2 nak g kerja..suami ckp klu ko kluar rumah kita dua cerai..sy mmg kna keluar rumah dan g kerja..sy masuk kerja kol 7.30 pg so mmg kluar awal la..lagipun die x bg nafkah..sy kna teruskan kerja utk kehidupan sy...boleh tlg bg jawapan utk soalan sy???


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

1. Lafaz suami "ko dtg kedai aku nk cerai ko nanti.." adalah lafaz taklik dalam bentuk cadangan atau hasrat, iaitu sekiranya datang juga ke kedai suami boleh untuk melafazkan cerai atau talak ketika itu, sekiranya suami melafazkan talak secara jelas atau sorih maka jatuhlah talak, namun sekiranya suami tidak melafazkan talak ketika isteri datang ke kedai itu maka talak tidak jatuh.

2. Lafaz "klu ko kluar rumah kita dua cerai" boleh membawa kepada taklik talak sekiranya suami berniat jatuh talak atau isteri tercerai jika isteri keluar rumah. Talak akan jatuh secara serta merta, jika isteri keluar rumah. Namun taklik talak tidak berlaku sekiranya suami berniat atau berhasrat akan menceraikan isterinya jika isteri keluar rumah. Jika isteri keluar rumah, dan suami ingin menceraikannya, maka suami perlu melafazkan talak 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image