BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya in gin bertanya mengenai haid. Haid saya yang sebelum ini habis pada 7/6. Namun, pada kira-kira 17/6 saya mendapati keluar cairan berwarna coklat cair tidak berbau. Jadi, saya pun terus kan solat kerana belum habis tempoh suci. Perkara ini berlanjutan sehingga 27/6 dengan ada masanya warna coklat tadi bercampur dengan warna merah cair dan masih tidak berbau. Pada 28/6 sehingga kini keluar pula cairan berwarna coklat yang pekat sedikit dengan warna merah yang cair berserta sedikit berbau. Jadi, adakah saya perlu solat? Adakah berdosa jika saya solat kerana menganggap cairan tersebut bukan haid kerana warna yang cair dibandingkan kebiasaan haid saya?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, sekurang-kurang tempoh suci di antara dua haid adalah 15 hari 15 malam. Menurut kitab nihayah al-Matlab fi Dirayah al-Mazhab karangan Imam al-Haramain al-Juwaini:

‌وأما ‌الطهر، فأقله خمسة عشر. ولا حدَّ لأكثره، وأغلبه مع أغلب الحيض ثلاثة وعشرون إن كان الحيض سبعاً، وأربعة وعشرون إن كان الحيض ستاً

Maksudnya: Adapun tempoh suci, minimumnya ialah 15 hari 15 malam. Tidak ada batasan bagi sebanyak-banyaknya, dan kebiasaan suci bersama kebiasaan haid iaitu 23 hari jika haid 7 hari dan 24 hari jika haid 6 hari. 

 Menurut persoalan:

8/6/2025 - 22/6/2025: Adalah tempoh minimum suci, darah yang keluar pada 17/6/2025 masih dalam tempoh suci yang perlu disempurnakan baki suci sehingga 22/6/2025. Maka, 23/6/2025 bermulanya kitaran haid yang baru sehingga tidak melebihi tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam. Darah yang keluar pada 28/6/2025 adalah darah haid kerana masih dalam tempoh maksimum haid. Jadi pada tempoh ini, puan tidak boleh solat serta melakukan perkara yang dilarang ketika haid. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image