Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya sudah lama dihantui soalan ini. Harap boleh dibantu.
pada tahun 2020, saya telah pergi menunaikan ibadah umrah. Dan pada suatu umrah sunat, saya telah berniat ihram bersyarat dan sebelum mengerjakan ibadah umrah tersebut saya telah pergi ke tandas untuk berhadas kecil. Kemudian saya kembali berwuduk dan mengerjakan ibadah umrah saya. Selepas bertahalul saya mendapat ada kesan najis berwarna coklat dimana saya tidak pasti sama ada itu adalah najis (yang tidak dicuci bersih pada sebelum itu) atau darah haid. Adakah umrah sunat saya itu sah?
Pada ketika itu, saya telah mengajukan soalan ini kepada yang lebih arif dan diberi kata putus sebagai sah.
Namun sampai ke hari ini ada keraguan dalam hati saya takut takut ibadah itu masih tergantung.
Walau bagaimana pun, saya telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah kali ke dua pada tahun 2024.
Mohon penjelasan.
Terima Kasih.
Jawapan
Ibadah umrah seperti ibadah lain yang mempunyai syarat dan rukunnya tersendiri. Rukun umrah yang memerlukan kepada suci daripada najis dah hadas ialah sa'i.
Mengikut situasi yang digambarkan, ibadah umrah yang dilakukan pada tahun 2020 adalah sah dan tidak perlu diulang. Ini kerana puan yakin bahawa umrah yang dilakukan dilakukan adalah dalam keadaan memenuhi rukun dan syaratnya. Adapun keraguan tersebut tidak perlu diambil kira kerana banyak kemungkinan lain yang mungkin berlaku seperti kotoran itu bukannya najis mahupun darah haid, ia bukan sesuatu yang kotor, kotoran itu terkena selepas daripada menunaikan umrah, dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.