BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Mohon pencerahan pihak jabatan mufti.

Ada amalan yang dilakukan ketika menguruskan pengebumian jenazah di Malaysia, iaitu dibuka muka jenazah ketika hendak dikebumikan.

Adakah kefardhuan mengkafan jenazah memenuhi syarat kerana terbuka muka?

Jadi apakah hukumnya jenazah dibuka mukanya apabila dikebumikan jenazahnya?

Terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara asasnya, disunatkan membuka tali ikatan jenazah ketika dikebumikan kerana tujuan ikatannya sudah tiada. Begitu juga disunatkan untuk membuka pipi jenazah dan meletakkannya terus ke tanah ketika dikebumikan. Tujuannya ialah bagi menzahirkan tanda ketundukan, merendahkan diri, dan memohon belas kasih Allah SWT dengan penuh harapan agar diberikan rahmat di tempat kembalinya. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Umar RA, katanya:

أَوْصَانِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَقَالَ: «إِذَا وَضَعْتَنِي فِي لَحْدِي فَأَفْضِ بِخَدِّي إِلَى الْأَرْضِ؛ حَتَّى لَا يَكُونَ بَيْنَ ‌خَدِّي ‌وَبَيْنَ ‌الْأَرْضِ ‌شَيْءٌ

Maksudnya: Umar bin al-Khattab telah berwasiat kepadaku, lalu berkata: Apabila kamu meletakkan aku di dalam lahadku, maka dekatkanlah pipiku ke tanah, sehingga tiada sesuatu pun yang menghalang antara pipiku dengan tanah. (Riwayat Ahmad di dalam al-Zuhud)

Malah menurut mazhab Shafi'i ia disunatkan kerana melambangkan kepatuhan seorang hamba yang merendah diri ketika pulang kepangkuan Allah SWT. Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Haramayn al-Juwayni di dalam Nihayat al-Matlab katanya:

ولو أفضى بوجهه إليها، أو إلى تراب قبره حتى يكون على صورةِ مستكينٍ لربه: كان حسنًا

Maaksudnya: Dan sekiranya wajah jenazah itu dilekatkan kepadanya (iaitu ke arah kiblat atau ke dinding lahad), atau ke tanah kuburnya sehingga ia berada dalam keadaan seorang hamba yang tunduk merendah diri kepada Tuhannya, maka hal itu adalah sesuatu yang baik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image