BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz dan ustazah, soalan saya mengenai hutang puasa dan fidyah bagi pihak bapa kami.

Sepanjang hayatnya, bapa memang tak berpuasa di bulan ramadhan. Selepas ramadhan, puasa tak diganti, dan fidyah tak pernah dibayar.

Sehingga hujung hayatnya, bapa diserang strok, dan tak boleh berpuasa lagi kerana bergantung pada ubat-ubatan dan uzur tua.

Soalan saya, kami dimaklumkan bahawa, hutang puasa dan fidyah bapa jatuh kepada kami, anak. Bagaimana cara nak ganti puasa, dan kiraan fidyah bapa, selama sekitar 70 tahun?

Dan sekiranya kami tak mampu ganti puasa Ramadhan bapa, mahupun lunaskan jumlah fidyah bapa, apa harus kami buat?

Sekian soalan saya, terima kasih banyak-banyak diucapkan, assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, difahami bahawa bapa tuan tidak berpuasa sejak waktu beliau masih sihat lagi. Lalu berterusan tidak berpuasa dan tidak menggantikannya sehingga beliau meninggal dunia. Dalam situasi sebegini, ketika bapa masih hidup dan sihat, diwajibkan ke atasnya untuk berpuasa dan menggantikannya bagi puasa yang ditinggalkan kerana tiada keuzuran untuk meninggalkannya. 

Bagi menjawab soalan yang diajukan, berdasarkan situasi yang diterangkan, waris wajib untuk menggantikan puasa bapa tersebut atau bayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dengan menggunakan harta peninggalan ayah. Sekiranya hendak bayarkan fidyah untuk bapa, boleh rujuk kepada pihak Lembaga Zakat Selangor. Bayaran fidyah juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-MAIS atau di kaunter Baitulmal MAIS atau Baitulmal Daerah yang terdapat di Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image