BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz nak tanya saya ni ada masalah was was teruk. Awal bulan 9 haritu saya nampak ada tahi depan rumah saya tapi tak dapat bezakan tu tahi anjing or kucing sebab dah penyek and dah kena hujan. At first saya assume tahi tu adalah tahi anjing sebab taknak pandang remeh sangat bila buang tahi tu takut terkena or terpecik ke apa sebab baru lepas hujan and masalah was was. Saya buang pakai penyedok. After buang tahi kat area tanah berumput tu, penyedok tu saya letak tepi tong sampah then biarkan je dalam seminggu, hujan dan area tanah berumput tapi penyedok tu dah terjatuh area situ jugak. Persoalan saya sekarang ni time saya buang penyedok tu after one week biarkan … saya pegang macamtu je tak lapik dengan kain / something. Adakah tangan saya kena sertu? Soalan kedua, kalau kena sertu adakah barang saya yang lain pun kena sertu jugak ? Najis sudah berpindah atau tidak? Tapi sekarang pun saya 50/50 kata tu tahi anjing kejap tahi kucing. Mohon percerahan ustaz, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu kawasan itu terkena najis melalui ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, warna dan rasa. Merujuk kepada persoalan puan:

1) Tidak perlu sertu jika tidak ada kepastian bahawa najis itu adalah najis mughallazah (tahi anjing), maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).

Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, maka abaikan sahaja perasaan tersebut tidak perlu sertu tangan dan juga tempat lain.

2) Najis tidak dianggap berpindah selagi:

  • Tiada kesan najis yang jelas (warna, bau, rasa)
  • Tiada kepastian najis kena pada tangan

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image