BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,

Ada orang terkeluarkan najis mutawasitah semasa berada di kereta saya. Najis tersebut hanya terkena pada pakaian beliau sahaja. Walau bagaimana pun, apabila saya hidu, ada bau pada seat tersebut. Jadi, saya pun lap seat kereta menggunakan tissue basah yang mengeluarkan sabun sekali. Kemudian saya terfikir, adakah saya sebenarnya patut hilangkan bau dengan simbah air mutlak pada seat tersebut? Tapi, saya sudah ke sana sini menggunakan kereta dan saya khuatir kalau ada masa baju saya basah/lembap yang menyebabkan tempat lain yang saya pergi juga dicemari kotoran. Bagaimana ye? Mohon pencerahan ustaz/ustazah. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan nyatakan najis mutawassitah hanya terkena pada pakaian orang tersebut dan bukan pada tempat duduk kereta. Bau yang terdapat pada tempat duduk tersebut tidak dihukumkan najis selagi tiada ‘ain (zat) najis.

Adapun perbuatan puan mengelap tempat duduk dengan tisu basah bersabun hanyalah sebagai usaha pembersihan biasa. Ia tidak menjadikan tempat duduk bernajis kerana yang ada cuma bau bukan ‘ain najis. Justeru, tidak wajib menyiram air mutlak selagi tidak ada keyakinan bahawa ada najis mutawassitah  yang mengenai tempat duduk dan hukum asal tempat duduk tersebut adalah kekal suci. Jika tempat duduk tersebut suci, maka baju puan tetap suci walaupun lembab. Kekhuatiran bahawa baju puan  membawa najis hanyalah perkara  was-was dan tidak memberi kesan hukum.

Terdapat kaedah fiqh yang menyatakan:

اليقين لا يزول بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image