BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya  telah menggunakan applikasi mencari jodoh secara online. Saya ada berhubung dengan beberapa wanita secara online melalui applikasi online dan mengaku status saya sebagai duda, walaupun sebenarnya saya masih suami & sudah berkahwin.

Saya tiada niat untuk bercerai atau mahu menjadi duda. Pengakuan status duda saya secara online hanya sekadar gurauan dan hanya untuk menarik minat wanita sahaja.

Saya ingin bertanya dan mengesahkan, adakah perbuatan saya ini telah mengakibatkan jatuhnya talak?

Saya juga ingin bertanya, adakah saya perlu memfailkan kes ini ke Mahkamah Syariah untuk Hakim membuat keputusan?

Harap dapat berikan penjelasan.

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, pengakuan seorang suami bahawa dia adalah bujang atau duda atau tidak berkahwin, boleh menyebabkan berlaku talak secara kinayah (kiasan) sekiranya dia berniat menceraikan isterinya semasa mengucapkan kata-kata itu. Namun jika dia tidak berniat sedemikian, maka talak tidak berlaku. Akan tetapi ia merupakan suatu pembohongan dan hukumnya adalah berdosa. Menipu merupakan salah satu ciri bagi orang munafik.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image