BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam Hormat, 

Kalau seseorang itu menceraikan isterinya melalui whatsapps disebabkan ada angkara sihir, jatuh kah talak itu atau disebut sah jatuh? Yang pastinya, ada berubat islam sebelum dan selepas perkahwinan. Emosi tidak stabil, cepat marah, benci pada pasangan dan anak: ini mungkin tanda tanda yang jelas ada pada si suami. Sihir ini berulang ulang. Dan hingga kini tiada jawapan. 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berkenaan perceraian yang menggunakan medium perantaraan seperti aplikasi Whatsapp dan seumpamanya boleh dikategorikan sebagai talak secara kinayah atau kiasan, walaupun ayat yang digunakan adalah sorih atau jelas, yang memerlukan niat talak oleh suami.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor seperti berikut:

i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami
b. Bahawa penerima SMS adalah isteri
c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima
d. Suami berniat untuk menceraikan isteri

ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.
iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri

Rujukan link :

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-cerai-melalui-sms/ 

Walau bagaimanapun, jika pasangan ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan atau urusan hal ehwal rumahtangga, boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk bantuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 60

message user image