BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin keluar negara (Korea) selama 5 hari. Bolehkah saya jamakkan sembahyang? sebab setahu saya jika ingin jamak sembahyang hendaklah tidak melebihi 3 hari. Mohon pencerahan. Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah pengiraan hari adalah bermula apabila saudara telah tiba di Korea dan jika saudara berada di Korea tidak melebihi 3 hari maka boleh dilakukan solat Jamak & Qasar. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 73

message user image