BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah dibenarkan mengerjakan tawaf wada jumaat jam 10 malam dan tidur di hotel sementara menunggu kenderaan pulang pada pukul 6 pagi sabtu.

bersiap mandi pukul 3 pagi. solat dan jam 6 pagi bertolak ke lapangan terbang


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Seseorang yang telah melakukan tawaf wada' sepatutnya meninggalkan tanah haram dengan segera. Melihat kepada situasi yang diterangkan, tawaf tersebut adalah tidak sah kerana telah melewatkan untuk meninggalkan tanah haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image