Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya Hanim, baru2 ini bapa saya meninggal dunia meninggalkan seorang balu bersama 4 orang anak yang semuanya sudah dewasa dan berkeluarga..3 org anak perempuan sudah berkahwin dan mempunyai anak. seorang anak lelaki yang merupakan anak bongsu berumur hampir 40 thn. Belum berkahwin dan tidak berkeja. Saya pula anak perempuan bongsu dan mempunyai 3 otg anak. Sejak kematian ayah saya, ibu saya keluar dr rumah induk dan tinggal bersama kakak ke2 dan suaminya. Saya pula tinggal di rumah induk bersama keluarga saya dan adik lelaki yang tidak berkerja. Ibu saya tanpa rasa bersalah dan bersahaja memaksa saya menjaga adik lelaki yang sihat tubuh badan, mental fizikal tiada cacat cela fizikal or mental dan juga OKU. Tetapi dia malas bekerja kerana ibu dan arwah bapa yang menanggung makan minum dan perbelanjaan beliau selama ini. Jadi saya membantah dengan keras tidak mahu dan mengharamkan seriap hasil titik peluh saya utk adik saya dr segi makan minum dan bajagian pembayaran bill² elektrik, air dan wifi dan sebagainya selagi dia tidak bekerja dan memberi wang kepada saya utk berkongsi pembayaran bil dan makanan. Apabila saya menyediakan makanan, adik saya melahap ke semuanya tanpa meninggalkan utk anak-anak saya y akan pulang dari sekolah. Saya dan suami bekerja dan daya menyediakan sarapan dan makan tengahari utk anak-anak saya setiap pagi. Tidak kira banyak atau sedikit semuanya di lahap oleh adik saya. Dia bukan saja malas bekerja mencari wang untuk menyara diri tetapi juga malas melakukan kerja-kerja rumah. Seperti biawak hidup umpamanya. SOALANNYA ADAKAH SAYA WAJIB MENANGGUNG ADIK SAYA SETELAH AYAH SAYA TIADA WALAUPUN ADIK SAYA SIHAT TUBUH BADAN, MENTAL DAN FIZIKA? Sedangkan anak-anak saya adalah keutamaan saya dan tanggungjawab saya. Ibu saya tidak mahu memaksa ank lelakinya bekerja kerana takut dia akan kecil hati dan lari rumah. Dia akan risau jika ank lelakinya yang tidak bekerja keluar dr rumah kerana tiada tmpt tidur dn makan. Tetapi kesemua anak perempuannya di pertanggungjawab untuk menjaga adik lelaki kami yang biawak hidup. Terutamanya saya ketana sy tinggal bersamanya
Jawapan
Kewajipan nafkah telah dibincangkan secara meluas oleh para ulama. Bagi sesebuah institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ayah, ibu, anak, kewajipan memberi nafkah terletak pada si ayah. Apabila si ayah meninggal, adalah menjadi tanggungjawab anak untuk memberi nafkah kepada ibu yang tidak berkemampuan terutamanya anak laki-laki..
Adapun sesama adik-beradik, tiada kewajipan nafkah yang ditetapkan sesama mereka, bererti tidak wajib seorang kakak untuk memberi nafkah kepada adiknya sebagai contoh. Bahkan, adalah wajib bagi seseorang yang berkemampuan dari sudut fizikal dan mental untuk mencari rezeki dengan kudratnya sendiri.
Sekian, terima kasih.