BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum minta maaf izinkan saya bertanya.Kalau rumah saya di pulau pinang, dan saya balik kampung dan tidur 1 hari di kampung saya di mukim bukit rambai, melaka, kemudian saya bermalam keesokkannya di mukim alor gajah, melaka 1 hari, kemudian saya tidur semula di mukim bukit rambai 3 hari dan saya kembali pulang ke pulau pinang selepas itu, boleh kah saya solat jamak qasar sepanjang perjalanan saya ini ?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara syarat kebenaran mengambil rukhsah (keringanan) bagi solat jamak dan qasar mestilah musafir bukan mukim ataupun mastautin di suatu tempat. Justeru, mengikut situasi yang tuan tanyakan adalah diharuskan kepada tuan untuk melakukan solat fardu secara jamak dan qasar (memendekkan solat) sepanjang tuan berada di melaka disebabkan tuan tidak berniat untuk bermukim (menetap) di satu sempat lebih daripada 3 hari (tidak termasuk hari sampai dan hari pulang). 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image