Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam,
Saya baru kematian suami pada 18/8/2025. Pada hari kematian suami, saya tinggal di gombak yakni rumah yang baru siap, sebelumnya saya duduk di selayang Dan anak2 bersekolah di selayang. Selepas 2 minggu, bila saya mulai bekerja dipejabat, saya pulang ke rumah di selayang. Apabila cuti sekolah, saya pulang ke rumah di gombak Selama seminggu bagi memudahkan saya ke tempat kerja (yakni dari rumah ke Pejabat adalah lebih dekat). Selepas tempoh itu, saya kembali ke selayang semula.
Persoalan saya, adakah kes ini dibolehkan memandangkan saya pergi kerja dengan grab (bagi kemudahan utk ke tempat kerja Dan lebih jimat).
Sekian terima kasih.
Jawapan
Pertamanya, takziah diucapkan kepada puan sekeluarga atas musibah yang menimpa. Bagi isteri yang kematian suaminya, dia perlu beriddah selama 4 bulan 10 hari dan berkabung sepanjang tempoh itu. Namun, dia dibenarkan untuk keluar daripada rumah jika terdapat keperluan seperti bekerja. Dalam konteks soalan yang ditanya, puan boleh untuk berulang dari Gombak ke Selayang setiap dua minggu kerana ia merupakan wasilah bagi memudahkan kerja yang puan lakukan.
Untuk makulmat lanjut, puan merujuk "Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami" yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Sekian, terima kasih.