BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah jatuh talak ? 

Semasa pergaduhan berlaku.saya mengemas baju dan mintak izin suami UTK blk ke rumah mak.Dan suami cakap "siapa yg izinkan" ...Kemudian suami bertanya siapa yg nak ambil.saya balas kembar saya. Dan suami kata "Aku tidak izinkan,kalau kau keluar aku ceraikan kau talak satu"... Selepas dia lafaz begitu , saya tidak jadi keluar ikut kembar saya pada malam itu .

Suami saya maksudkan saya tidak boleh keluar pada malam itu mengikuti kembar .

saya keluar bersama suami pada keesokan hari . 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Lafaz talak yang dinyatakan dalam persoalan yang ditanya merujuk kepada taklik talak. Taklik talak yang dimaksudkan berlaku seperti yang dinyatakan, iaitu pada malam kejadian sahaja. Adapun perbuatan puan keluar bersama suami pada keesokan harinya adalah dibolehkan dan tidak terkait dengan taklik talak yang dilafazkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image