BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah orang Islam berniaga barang perhiasan berbentuk khinzir seperti patung, tabung, hiasan meja dan sebagainya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, orang Islam boleh berniaga barangan tersebut kerana hanya perhiasan. Adapun, sebaiknya hendaklah dielakkan kerana boleh menimbulkan fitnah. Menjual barangan seperti patung adalah dilarang sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah RA di Mekah sewaktu penaklukan Kota Mekah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ Maksudnya : “Sesungguhnya, Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi, dan patung.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 100

message user image