BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan : Assalamualaikum, Saya memiliki ladang ternakan ayam. Masalahnya, anjing liar kerap menceroboh kawasan ladang untuk mengambil bangkai ayam yang ditanam dan membuangnya merata-rata setelah makan bangkai tersebut sehingga menyebabkan ladang berbau busuk. Sekarang ini semakin banyak anjing yang menceroboh dan anjing tersebut juga telah beranak-pinak. Soalannya, bolehkah saya meracun anjing tersebut termasuk anak-anaknya untuk mengelakkan masalah menjadi semakin teruk?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah meracun binatang bukan menjadi salah satu jalan penyelesaian yang boleh diambil. Bagi mengelakkan kejadian berulang, disarankan kepada saudara agar memasang pagar yang kukuh disekeliling kawasan ladang ternakan ayam tersebut. Disarankan juga pihak tuan menguruskan bangkai ayam dengan sebaiknya seperti menanam lebih dalam supaya tidak menarik perhatian binatang buas/liar yang lain. Selain itu saudara juga boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan anjing liar tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 77

message user image