BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum, saya ada kemusykilan berkenaan solat jamak. Saya sering bermusafir menaiki kapal terbang. Saya menetap di Ampang Jaya, Selangor. Sewaktu sampai di KLIA & lagi beberapa minit masuk waktu maghrib, bolehkah saya solat jamak takdim maghrib & isyak apabila masuk waktu maghrib di KLIA? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, solat jamak merupakan antara keringanan yang diberikan bagi orang yang bermusafir melebihi dua marhalah dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh para ulama. Antara syarat yang membolehkan seseorang memulakan solat jamak dan qasar adalah apabila sudah keluar daripada kawasan taman perumahannya. Justeru, dalam keadaan ini puan boleh melakukan solat maghrib dan isyak secara jamak takdim apabila tiba di KLIA.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image