Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa hukum perkahwinan seorang lelaki yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama dan mereka ingin berkahwin secara rahsia di masjid songkhla dan akan mendaftar kemudian di malaysia tetapi bakal isteri kedua masih mempunyai wali nasab.Adakah sah perkahwinan mereka menggunakan wali hakim di songkhla
Jawapan
Menurut Muhammad Bin Ismail as-Syaikh Daud al-Fathani dalam Matla` Badrain, Jabatan Mufti Negeri Selangor, hlm. 80 : “Sultan berkuasa mengahwinkan seorang perempuan apabila wali aqrab ghaib sejauh 2 marhalah, atau sedang dalam ihram, atau enggan kurang dari 3 kali untuk mengahwinkan seorang perempuan yang telah mukallaf yang diminta dikahwinkan dengan lelaki yang kufu’, jika wali aqrab ghaib kurang daripada dua marhalah, tidaklah boleh dikahwinkan oleh sultan, kecuali mendapat keizinan daripadanya”.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah.
Walau pernikahan itu dianggap sebagai sah, namun ia bukan suatu perbuatan yang baik menurut syarak yang memerintahkan suami untuk melayan isteri secara ma'ruf atau kebaikan. Tambahan pula, bernikah tanpa pengetahuan dianggap telah menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan. Dibimbangi perbuatan tersebut akan menyebabkan keretakan di dalam rumahtangga. Sewajarnya jika suami ingin berpoligami, lakukan dengan bijaksana dan melalui saluran yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih