BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya telah melakukan tawaf wada selepas selesai mengerjakan fardhu haji sebelum penerbangan balik ke Malaysia. Semasa pulang ke hotel untuk persiapan balik saya dapati ada kesan kekuningan pada panty liner, saya kesuntukan masa untuk melakukan semula tawaf wada tersebut. Adakah tawaf saya tersebut sah ? Jika tidak sah adakan saya perlu bayar dam ?

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, al-kudrah wa al-sufrah (cecair kekuningan atau keruh) dikira darah haid jika ia keluar dalam tempoh haid (maksimum 15 hari). Jika kekuningan itu masih dalam tempoh haid puan, maka tawaf wada’ tidak sah kerana syarat suci tidak dipenuhi. bagi perempuan yang kedatangan haid ketika ingin melakukan tawaf wada’, maka diberikan keringanan baginya untuk tidak melakukan tawaf wada’. Sekiranya dia telah bersih dari haid dan masih berada di Mekah maka wajib ke atasnya untuk melakukan tawaf wada’.

Adapun jika kekuningan tersebut tidak berada di dalam tempoh haid, maka cecair kekuningan itu dihukumkan bukan haid. Sebaliknya, ia adalah kelembapan faraj yang tidak menghalang ibadah. Maka ia tidak menjejaskan kesucian dan tawaf wada’ puan adalah  sah serta tiada dam dikenakan. Muzakarah Tabung Haji membincangkan bahawa lembapan faraj  terhasil daripada mukosa faraj  (selaput lendir daripada lapisan kulit dalam) untuk mengelakkan kulit daripada melekat dan kering. Lembapan faraj tersebut tidak membatalkan wuduk kerana sama keadaannya dengan seseorang yang menjulurkan lidahnya, kemudian memasukkan kembali dan menelan air liur yang terdapat dalam lidahnya. Sekiranya lembapan faraj membatalkan wuduk. Nescaya wuduk akan  sentiasa batal pada setiap masa kerana basahan tidak terpisah daripada  had zahir wanita.

 

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image