Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya pergi ke kuala Lumpur pada hari Ahad sehingga hari Selasa, kemudian singgah di Puchong sehingga hari Sabtu, cadangan untuk pulang semula ke muar pada hari Sabtu selepas maghrib, macam mana pengiraan jamak saya ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, seseorang yang bermusafir hendaklah berniat menetap tiga hari di destinasi musafirnya untuk membolehkannya mengambil rukhsah solat jamak dan qasar. Ini tidak termasuk hari sampai dan pulang Jika dihimpunkan keseluruhan hari tersebut, ia boleh mencecah lima hari.
Sehubungan itu, berdasarkan situasi yang diberikan, dibenarkan untuk solat secara jamak dan qasar semasa berada di Kuala Lumpur kerana tempoh berada di situ tidak melebihi tiga hari dan masih dianggap musafir. Namun semasa di Puchong, jika sekiranynya sampai di Puchong ketika siang hari Selasa dan berniat untuk bertolak pulang dari Puchong pada Sabtu selepas Maghrib maka anda tidak lagi boleh menjamak dan menqasarkan solat kerana telah berniat untuk bermukim lebih daripada 3 hari (tak termasuk hari sampai dan hari pulang). Anda kembali menjadi musafir dan sekali lagi dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solat sepanjang perjalanan tersebut.
SIla rujuk rajah-rajah berikut untuk memudahkan kefahaman:
|
|
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
|
Malam |
# | # | # | # | |
|
Siang |
Masuk |
# | # | # |
Keluar |
Rajah 1 : Jika musafir itu sampai pada waktu siang
Huraian Rajah 1: Contohnya, Ali sampai ke Ipoh (destinasi musafir jauh) daripada Kuala Lumpur (tempat asal) pada jam 11.00 pagi hari Isnin. Dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar musafir jauh ke tempat lain, pada siang Jumaat. Jika dia berniat keluar Jumaat malam Sabtu maka dia tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tinggalnya dia di Ipoh. Adapun semasa perjalanan, maka tiada masalah.
|
|
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
|
Malam |
Masuk |
# | # | # |
Keluar |
|
Siang |
# | # | # | # |
Rajah 2 : Jika musafir itu sampai pada waktu malam
Huraian Rajah 2: Contohnya, Ali sampai ke Ipoh daripada Kuala Lumpur (tempat asal) pada jam 11.00 malam Ahad malam Isnin. Dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar musafir jauh ke tempat lain, pada Khamis malam Jumaat. Jika dia berniat keluar siang Jumaat maka dia tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tinggalnya dia di Ipoh. Adapun semasa perjalanan, maka tiada masalah.