BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum jenazah lelaki dipakaikan celak


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, empat perkara yang diwajibkan ke atas orang hidup kepada orang Islam yang telah meninggal dunia adalah memandikan, mengkafankan, solat dan dikebumikan. Sunat memandikan jenazah dengan bahan yang wangi yang boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Begitu juga sunat dipakaikan minyak wangi kepada jenazah setelah dimandikan. Adapun, memakaikan celak pada jenazah, perkara tersebut diharuskan tetapi tidak termasuk di dalam perkara yang disunatkan, kerana tiada dalil bahawa ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat mahupun para ulamak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 115

message user image