BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

Soalan saya, berlaku pertengkaran antara saya dan isteri, setiap kali bergaduh, isteri selalu mnta cerai ( dlm pikiran saya )

1 malam , saya kt tempat kerja, dan saya call isteri bgtau, tggu, aku balik, aku bagi apa yg kamu hajat sgt ( dlm pikiran saya )

Isteri pun tanya saya, kamu tau ke apa yg aku hajat???? ( Bkn cerai )

Tapi, saya terus jawab bercerai

Soalan saya, adakah situasi ini, sah jatuh talak

Sekian terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan pertanyaan yang tuan nyatakan, situasi dan perkataan seumpama itu tidak membawa kepada sah atau jatuhnya talak kerana :

1. Ia adalah dalam bentuk andaian, sangkaan dan berada dalam benak fikiran tuan sahaja, yang hakikatnya isteri tuan tidaklah bermaksud sepertimana yang tuan andaikan dan sangkakan.

2. Kenyataan tuan "tggu, aku balik, aku bagi apa yg kamu hajat sgt" pula adalah termasuk dalam kategori hasrat atau cadangan untuk menunaikan apa yang dihajati oleh isteri sahaja, hajat atau kehendak isteri tidak berlaku sekiranya suami tidak melakukannya ketika sudah balik nanti.

Walau bagaimanapun, untuk kepastian tuan atau isteri bolehlah merujuk dalam kadar segera ke Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat dan Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berbidangkuasa di dalam memutuskan suatu lafaz itu boleh membawa kepada talak itu terjadi ataupun tidak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image