BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., Sy ingin bertanya bagi pihak orang lain. Ceritanya begini, ada seorang lelaki telah melakukan zina dengan seorang wanita pelacur 5 tahun dahulu. Lelaki itu adalah seorang duda. Wanita tersebut mempunyai seorang anak luar nikah dengan lelaki lain. Selepas itu lelaki tersebut telah meninggalkan wanita tersebut selama 4 tahun. Lelaki tersebut telah bertaubat nasuha dan tidak melakukan dosa besar lagi. Pada setahun setengah yang lalu lelaki tersebut telah terjumpa wanita tersebut semula dan wanita tersebut telah mempunyai 3 orang anak semuanya. Wanita tersebut tidak mahu memberitahu siapa bapa kepada anak-anak tersebut. Walaubagaimanapun, lelaki tersebut cuma mengesyaki salah seorang dari anak tersebut adalah anaknya. Tetapi wanita tersebut masih tidak mahu mengaku bahawa salah seorang dari anak itu adalah anak lelaki tersebut. Lelaki tersebut kurang pasti samaada wanita tersebut mengetahui atau tidak mengetahui siapa bapa kandung kepada anak-anak itu. Wanita tersebut sehingga kini masih belum bertaubat dan masih melakukan dosa besar. Soalan lelaki tersebut ialah adakah dia perlu berkahwin dengan wanita tersebut hanya kerana dia mengesyaki salah seorang dari anak tersebut ialah anaknya? Siapakah yang bersalah dalam situasi begini? Siapakah yang perlu menjadi wali hakim kepada anak-anak tersebut jika anak-anak tersebut ingin berkahwin? Siapakah yang perlu menjaga dan memberi nafkah kepada anak-anak tersebut? Saya ada terbaca beberapa penerangan mengenai bab nikah kahwin dalam Islam. Mengikut hukum bapa kandung kepada anak-anak luar nikah tersebut hanya akan menjadi bapa tiri walaupun bapa kandung mereka bernikah dengan wanita tersebut. Maka bapa tiri masih tidak boleh mewalikan anak-anak tersebut jika mereka hendak berkahwin. Sekian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, anak-anak yang dilahirkan tanpa pernikahan yang sah merupakan anak tidak sah taraf. Nasabnya adalah kepada ibu yang melahirkannya. Jika perempuan, wali pernikahannya adalah wali hakim yang bertauliah. i. Tiada halangan jika mereka ingin berkahwin ataupun tidak. ii. Kedua-duanya bersalah kerana melakukan perbuatan zina. iii. Maksud Wali Hakim ialah wali yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan, termasuklah menjadi wali hakim kepada anak-anak yang tidak sah taraf. Urusan perkahwinannya boleh rujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah dimana mereka bermastautin. iv. Nafkah dan hak penjagaan bagi anak tidak sah taraf adalah kepada ibunya dan saudara mara ibunya. Namun, ibu dan bapanya yang terlibat hendaklah bertanggungjawab terhadap anak tersebut. Jika tiada orang yang hendak bertanggungjawab, boleh diserahkan kepada rumah-rumah penjagaan anak-anak yatim yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 178

message user image